Tuesday, September 20, 2011

2nd Trip Nurani Group

Assalamualaikum....
Pada 20 September 2011 (Selasa) Nurani Group telah pergi lawatan kali kedua bagi tahun 2011. Pilihan tempat lawatan pada kali ini ialah High 5 Bread Town & Akuarium Shah Alam. Peserta kanak-kanak terdiri daripada 112 pelajar dan 16 guru pengiring. Anak-anak terdiri daripada Tadika Permata Kreatif, Seksyen U5,Subang, Tadika Naluri Kasih, Selayang, Tadika Kristal Kreatif, Bangi. Berikut adalah renteten sepanjang perjalanan

7.30 pagi   : Anak-anak berkumpul di tadika masing-masing

8.00 pagi   : Bas dari Seksyen U5 subang bertolak ke destinasi:)

Our driver abang Hang

Our guider abang Anson




High 5 Bread Town
9.00 pagi   : Kami sampai ke destinasi dan terus masuk ke kawasan kilang. Gambar di bawah adalah pintu hadapan masuk ke kilang.

High 5
     Sebelum masuk ke kawasan kilang kami diberi taklimat ringkas di dalam dewan yang disediakan.
     Anak-anak juga disajikan tontonan mengenai asal usul roti wujud di dunia.
sementara menunggu rakan-rakan yang lain

Taklimat ringkas

kakak Ela akan membawa masuk ke kawasan kilang

Sepanjang kami di dalam kawasan kilang kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar dan gambar di atas adalah sebelum kami masuk ke kawasan kilang.
Akhirnya setelah keluar dari kawasan kilang kami diberi peluang untuk merasa sendiri bagaimana rupa doh roti High 5.

anak-anak boleh lihat sendiri rupa doh roti

Setelah itu kami diberi setiap seorang goody bag berisi roti High 5. Sangat menarik dan guru-guru diberi peluang untuk membeli roti keluaran High 5 dengan diskaun.

setiap seorang dapat satu goody bag

sementara menunggu guru shopping;)

kedai roti High 5

Sebelum pulang dan pergi ke Akuarium Shah Alam, kami bergambar di hadapan replika Roti High 5 gergasi


Setelah itu kami bergerak ke Akuarium Shah Alam yang mana kami diberitahu di akuarium tersebut adalah akuarium ikan air tawar. Abang Anson memberi kami 2 tugasan iaitu mencari ikan yang berenang terbalik dan ikan air tawar terbesar.

excited!!!

 semua excited tengok ikan2 besar
ikan patin putih

ikan cermin

ikan yang warna hitam tu ikan yang berenang terbalik

ikan air tawar terbesar 7 kaki lebih

bergambar sebelum balik:)

Lebih kurang pukul 12 tengahari kami bergerak untuk makan tengah hari di Mc Donald.



Lunch Time!!!!!!


Kami bertolak pulang lebih kurang pukul 1.30 petang, dan semuanya kepenatan dan meninggalkan kenangan manis didalam minda anak-anak.


Terima kasih kami ucapkan kepada semua ibubapa yang memberi kepercayaan kepada kami menjaga anak-anak anda dan percaya pada anak anda yang boleh berdikari.


dari kami......


NURANI GROUP FOREVER!!!!!






PEACE......









WASSALAM











SENYUM SOKMO:)

No comments:

Post a Comment